27 September, 2009

SUATU HARI DI HARI RAYA

Sebenarnya raya tahu ni aku tak ada gambar raya, jadi gambar di atas antara gambar aku berhari raya di kampung.....he..he...Seperti yang aku rancangkan melalui entri diblog ini sebelum ini, rancangan aku untuk berhari raya di Machang pada hari raya pertama dan balik ke Parit Buntar pada hari raya kedua akhirnya menjadi kenyataan. Mujur juga isteri aku tak kisah, dan sudahnya aku dapat berhari raya selama 5 hari di Parit Buntar. Hari raya pertama di Machang aku tidak ke mana. Berhari raya bersama keluarga di rumah dan menjelang tengah hari ke Pangkal Gong, Pulai Condong untuk berhari raya di rumah tok isteri aku. Menjelang petang kembali ke Machang untuk tidur.....dan sebelah malam melayan sedara-mara yang datang berkunjung.
Awal pagi raya kedua aku dah bersiap, menjelang pukul 8.00 pagi aku sekeluarga dah bertolak balik ke Parit Buntar. Pukul 2.00 petang kami dah sampai di Parit Buntar. Sepanjang 5 hari beraya di Parit Buntar banyak masa dihabiskan di rumah. Tetapi sempat juga aku ke Bukit Merah untuk berhari raya dengan kawan-kawan sekolah dan seterusnya ke Taiping untuk berhari raya di rumah saudara sebelah isteri. Pada hari raya keempat, sebelah malamnya sempat ke Seberang Jaya untuk majlis Reunion EX-TI Penang 92/93. Meriah gak malam tu dengan kehadiran kawan-kawan sekolah yang sudah lama tidak berjumpa.
Hari raya keenam aku kembali ke rumah mertua (Machang) dan semalam kembali ke rumah di Kota Bharu. Sekejap sahaja seminggu Syawal berlalu. Bagi aku, dalam kecanggihan dan kemajuan dunia yang semakin menggila ini, kemeriahan hari raya makin kurang terasa. Adakah kita makin melupakan tradisi dan budaya berhari raya? ataupun aku yang semakin tua untuk merasai kemeriahan berhari raya.........

19 September, 2009

ULANG TAHUN BAHAGIA

Hari ini, tanggal 19-09-2009, genap ulang tahun perkahwinan aku yang ke -6. Tarikh ini dipilih kerana ianya tarikh hari lahir isteri aku, Ayu. Dalam usia 6 tahun perkahwinan ini, banyak juga pengalaman yang ditempuhi dan seharusnya banyak lagi yang perlu dipelajari serta diperbaiki. Semoga ikatan ini akan terus abadi selamanya dan aku sentiasa berdoa yang kami akan terus bahagia dengan kehidupan dan rezeki seadanya.

17 September, 2009

SYAWAL DATANG LAGI....


Diam tak diam kita makin menghampiri Syawal dan meninggalkan Ramadan yang mulia. Alhamdulillah, rasa-rasanya semua orang dapat menjalani ibadah puasa yang sempurna pada tahun ini. Sekiranya ada kekurangan dan kelemahan pun, seharusnya ia dijadikan iktibar dan pedoman bagi seorang insan yang bernama manusia. Insyaallah, tahun ini aku beraya di Machang dahulu (seperti yang aku rancangkan...he..he..), walaupun kalau mengikut jadual seharusnya aku beraya di Parit Buntar pada tahun ini. Hanya pada hari raya kedua baru aku akan pulang ke Parit Buntar.

Jadi kesempatan yang ada ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua saudara-mara, rakan-rakan, sahabat dan juga sesiapa jua yang mengunjungi laman blog ini sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Maaf Zahir & Batin kalau selama ini aku ada tersilap kata, terkurang bicara sama ada melalui catatan-catatan di dalam laman blog ini ataupun semasa berinteraksi dengan anda semua. Semua kita dapat melalui lebaran Syawal ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Salam Aidilfitri & Jangan Main Mercun.....!

14 September, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DUNIASEARCH

Sabtu lepas, seawal pukul 8.00 pagi aku dah terpacak kat Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa untuk terbang ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis berbuka puasa Duniasearch. Ramai yang terkejut aku pergi KL dengan kapal terbang semata-mata untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama Search tu..he...he..bukannya aku nak berlagak atau bongkak, tapi kalau dah harga tiket kapal terbang lebih RM 20 dari harga tambang bas, adalah lebih baik aku menggunakan kemudahan yang ada. Lagi pun aku terpaksa menghadirkan diri juga untuk majlis ni kerana aku yang sarankan agar majlis ini dibuat, kalau aku tak turun nanti kecik hati kawan-kawan yang lain. Terima kasih kepada MAS yang sudi memberi tambang yang amat murah pada hari tersebut. Cuma malangnya kapal terbang yang sepatutnya berlepas pukul 9.05 pagi hanya berlepas pada pukul 10.30 kerana masalah teknikal yang perlu dibaiki. Dan hari itu, aku berbuka puasa bersama-sama rakan-rakan Duniasearch di Restoran Cheng Ho, Wangsa Maju. Ahli Search yang hadir adalah Amy sendiri dan juga Abang (Yazit) bersama keluarga manakala anggota lain mempunyai urusan tersendiri. Amy pun agak lewat sampai kerana terpaksa bergegas ke Shah Alam sebelum kembali ke Wangsa Maju. Sempat juga aku berbual agak lama dengan Amy berkaitan beberapa perkara berkaitan Duniasearch dan konsert yang bakal berlangsung tak lama lagi. Semuanya masih dalam perancangan dan andai kata hasratnya itu boleh dilaksanakan pastinya aku gembira tak terkata...he..he...Jom layan gambar-gambar yang aku sempat copy dari laman FB rakan-rakan Duniasearch....

Ahad (13 September 2009) - Seawal pukul 8.30 pagi aku dah terpacak kat Hentian Bas Jalan Duta. Inilah dikatakan nasib kerana MAS hanya bagi tiket murah pada hari Sabtu tetapi tak ada tiket murah pada hari Ahad. Sudahnya aku perlu menggunakan pengangkutan awam yang bernama bas untuk pulang ke Kota Bharu. Bas Sani Express menjadi pilihan, dan bas yang bertolak tepat pukul 9.30 pagi dari Hentian Jalan Duta hanya sampai di Kota Bharu pada pukul 6.00 petang. Dalam serba keletihan aku terpaksa mengambil teksi untuk pulang ke rumah dengan kadar tambang RM 15...campur tolak kos naik bas dan teksi ni hampir-hampir sama dengan kadar tambang kapal terbang yang aku naik semalam. Cuma yang nyata penatnya hampir 3 kali ganda....

09 September, 2009

09.09.09

HARI INI TANGGAL 09. 09. 09......SEKADAR CATATAN BUAT KENANGAN...

06 September, 2009

DI PERTENGAHAN RAMADAN


Alhamdulillah, diam tak diam hari ni sudah 16 hari kita berpuasa, dan puasa aku masih cukup! Dalam keadaan politik dan kewangan yang masih belum stabil rasanya sambutan ramadan kali ini masih seperti biasa, kalau ada pun kekurangannya itu semua adalah kelemahan kita sendiri. Syukur kepada Allah S.W.T. kerana sentiasa melimpahkan rezeki kepada kita, dan bagi keluarga aku sendiri juga amat bersyukur kerana rezeki yang telah dikurniakanNya. Dalam tempoh seminggu dua ni, kami sekeluarga agak sibuk menyiapkan tempahan biskut raya yang agak banyak. Oleh kerana kami memulakan operasi membuat biskut agak lewat kerana beberapa halangan kecil, maka sudahnya terpaksa bertungkus lumus sedikit untuk menyiapkan semua tempahan yang telah dibuat. Nasib baik juga kerana semua persiapan raya seperti baju untuk anak & isteri semua sudah siap awal-awal lagi. Bab ini aku memang kena prepare awal sebab dah serik dengan satu insiden hari raya beberapa tahun lepas apabila isteri aku membuat drama di pagi raya yang bertajuk "Tangisan Di Hari Raya". Tangisan di pagi raya itu bukan kerana terlalu sedih sebab meminta maaf dengan aku tetapi kerana baju raya tak siap! Sudahnya mood raya tahun tu hancur...he..he..Jadi bermula dari insiden tu, bab-bab persiapan awal ni aku kena beri perhatian. Aku sendiri tak kisah sebab tahun ni aku ada banyak baju raya berlogo Search untuk di pakai.

Sebenarnya tahun ni aku sendiri tak pasti nak beraya di mana, kalau ikut pekeliling rumahtangga aku tahun ni sepatutnya beraya di Parit Buntar, Perak. Kalau ikutkan memang ok, cuma yang tak ok raya kedua dah kena balik ke Machang. Jadi aku dok pikir-pikir nak raya kat Machang dulu, petang raya atau pagi raya kedua baru balik ke Parit Buntar...dan lepas tu duduk 5 hari di Parit Buntar, baru adil...ha..ha..ha...Harap-harap isteri aku tak baca blog ni. Kalau tak, dia akan awal-awal lagi akan ubah plan, jadi bagi yang baca blog ni tolong jangan bagi tahu isteri aku...he..he..he...