26 November, 2009

SALAM AIDILADHA

Salam Aidiladha diucapkan buat semua saudara-mara, rakan-rakan dan sesiapa jua yang sempat singgah ke blog ini. Semoga Aidiladha disambut dengan penuh kesyukuran. Insyaallah, tahun ni aku dan isteri akan menunaikan ibadat korban. Semoga kita semua sentiasa diredhai Allah SWT dan bagi yang pulang ke kampung semoga selamat sampai ke kampung halaman masing-masing. Aku akan beraya di Machang dan Insyaallah raya kedua akan balik ke Parit Buntar...

24 November, 2009

PERODUA ALZA

Buat pertama kalinya Perodua mengeluarkan MPV pertama mereka yang dikenali sebagai Perodua Alza. Selepas MyVi & Viva menjadi pilihan, kini mereka memilih Alza sebagai nama kereta nasional ini. Tak silap aku dinyatakan Alza bermaksud 'Kebangkitan' dalam bahasa Sepanyol. Persoalannya mengapakah bahasa Sepanyol yang dipilih daripada sekian ratusan ribu dan jutaan istilah Melayu yang ada? Kolot sangatkah bahasa Melayu sehingga hendak memberi nama kereta keluaran negara pun harus mengambil istilah Sepanyol? Mungkinkah Perodua akan membuka kilang di Sepanyol nanti? atau untuk menarik minat rakyat di Sepanyol membeli kenderaan ini? Mungkin juga orang kuat di Perodua meminati telenovela-telenovela Sepanyol yang banyak disiarkan di stesen TV kita, lantas mengambil peluang memilih bahasa Sepanyol. Hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang mengetahui jawapannya......

19 November, 2009

SEARCH - TOUR IN UK

Dalam kelesuan industri muzik tanah air, Search terus mengorak langkah sesuai dengan taraf mereka sebagai lagenda rock Malaysia. Awal Februari 2010, Search akan kembara Ke UK dengan siri 3 konsert di Dublin, London & Liverpool. Konsert anjuran Orangkita Promotion & Sky Search ini merupakan julung-julung kalinya Search beraksi di UK. Selain daripada itu, khabarnya Search akan terus menyambung siri Konsert Di Awan Biru awal tahun hadapan. Menurut sumber, empat siri konsert sedang dalam perancangan. Tarikh dan masa masih dalam perbincangan dengan penaja. Aku dan rakan-rakan di DuniaSearch juga mempunyai perancangan tersendiri untuk Search. Nantikan sahaja maklumat terkini mengenai lagenda Rock ini....

17 November, 2009

KAMERA BARU

Ceritanya baru-baru ni aku beli kamera digital baru, murah jer harganya sebab ada Sale! Bukan nak tayang kamera tu cuma nak tunjuk hasil kerja puteri aku yang berminat gak dengan kamera...he..he...




09 November, 2009

BADAI TENGKUJUH DI BUKIT JALIL


Bersaksikan lebih 60,000 penyokong di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan doa ratusan ribu lagi rakyat di negeri Kelantan, Red Warriors akhirnya terkulai juga di tangan Skuad Rusa. Walaupun pada mulanya aku tergerak hati untuk ke stadium kerana pada hari tersebut kebetulan aku berada di rumah adik di Bukit Jalil yang jaraknya dengan stadium sekitar 3 kilometer sahaja tetapi atas beberapa faktor akhirnya aku membatalkan hasrat tersebut. Apatah lagi aku bukanlah penyokong mana-mana pasukan dalam perlawanan akhir ini. Apapun, tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan kerana berjaya menang bergaya untuk muncul Juara Piala Malaysia 2009. Agak malang bagi pasukan Kelantan, dengan label sebagai pasukan pilihan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat setia, namun akhirnya permainan mereka pada malam tersebut serba tidak menjadi hingga menyebabkan berlakunya beberapa insiden memalukan yang dicetuskan oleh para penyokong. Sehingga hari ini aku masih tidak memahami mengapakan insiden seperti itu boleh berlaku. Marahkah pasukankah? marahkah FAM?, marahkan pengadil?, marahkan Negeri Sembilan? atau marahkan diri sendiri....?