29 July, 2009

SESI LATIHAN SEARCH - KONSERT DI AWAN BIRU





BERBALOI-BALOI!
Konsert Penghargaan SEARCH DI AWAN BIRU
1 Ogos 2009 - Bukit Kiara Equestrian Resort

26 July, 2009

LAPTOP AKU...

Bermula dengan ini...Kemudiannya ini...
Akhirnya laptop aku menjadi begini....he..he..he..

16 July, 2009

Ketika Muda Rumaja

Entah macam mana terjumpa pula gambar ni dalam laman Facebook seorang rakan. Ni lah antara kenangan zaman aku muda rumaja dulu kat Sekolah Menengah Methodist, Parit Buntar. Tak silap aku masa ni dalam tingkatan 2 atau 3. Cekeding jer aku masa tu walaupun makan kuat.....he..he...

09 July, 2009

AKHIRNYA....

Syukur Alhamdulillah, akhirnya mata pelajaran Matematik dan Sains kembali di ajar dalam bahasa Melayu. Setelah sekian tahun perkara ini disuarakan oleh masyarakat terutamanya para pejuang bahasa Melayu, noktahnya berakhir semalam apabila kerajaan mengumumkan akan kembali menggunakan bahasa Melayu bermula pada tahun 2012. Aku sendiri mengakui kepentingan anak bangsa kita untuk menguasai bahasa Inggeris, tetapi sama sekali jua amat tidak bersetuju apabila Sains dan Matematik di jadikan alat untuk mengajar bahasa tersebut. Bermula pada hari ini, aku sudah boleh bernafas lega dan seharusnya khabar ini disambut gembira oleh semua umat Melayu yang cintakan bahasa dan bangsanya....