25 January, 2010

TANGGAL 25 JANUARI 2010


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga ke saat ini, masih terus dikurniakan nafas untuk menghirup nafas suka-duka di bumi tercinta. Syukur yang tidak terhingga juga kerana dikurnia keluarga dan rakan-rakan yang senantiasa menyokong dan memberi perangsang sebagai pedoman hidup. Moga dalam usia ini, terus diberi kesihatan dan kemampuan olehNya untuk menjalankan semua amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Moga jua terus diberikan kesejahteraan dan kenikmatan untuk terus mengharungi cabaran mendatang...

15 January, 2010

SANTAI DI JERAM LINANG

Jumaat, 15 Januari 2010. Aku dan dua rakan sepejabat iaitu Naim dan Helmy bersama-sama dua orang lagi rakan mereka berpakat untuk berkelah di Jeram Linang, Pasir Putih. Setelah agak lama tidak pernah membawa keluarga berkelah camni, jadi kesempatan yang ada ni tidak dilepaskan begitu saja. So biarlah gambar bercerita sebab aku malas nak tulis panjang-panjang..he..he..

07 January, 2010

MELANGKAH TERPAKSA

Setelah lebih sebulan bercuti, akhirnya anak aku harus kembali ke sekolah. Untuk tahun 2010 ini, aku menghantar puteri aku ni ke sebuah tadika berdekatan dengan rumah. Cuma kali ini agak jauh sedikit berbanding sekolahnya tahun lepas. Kali ini juga, waktu pembelajarannya agak panjang. Kalau dahulu hanya dua jam, iaitu dari 9-11 tetapi kali ini bermula pukul 8.00 - 12.30 tengah hari. Sesuai sangat la dengan yurannya yang berlipat kali ganda dengan yuran tahun lepas yang terpaksa aku bayar.

Hari pertama menghantar Ayrisha ke sekolah, aku dan isteri menghabiskan masa hampir separuh waktu persekolahnya untuk sesi memujuk dan menggugut...he..he..walaupun sebelum itu, anak aku dah berjanji untuk tidak menangis dan sebagainya dengan ganjaran nak beli arnab untuknya. Atas sebab perjanjian yang tidak di patuhi, rasanya tidak ada rezeki lagilah untuk arnab menjadi ahli keluarga aku...he..he..



Sebelum pergi sekolah dah bad mood
Sesi memujuk oleh ibu

Ibu dah start angin, aksi seterusnya tak sanggup dirakamkan..he..he..

01 January, 2010

DUA PULUH SEPULUH

Hari ini tanggal Satu hari bulan Januari tahun Dua Puluh Sepuluh.
SELAMAT TAHUN BARU...