19 November, 2009

SEARCH - TOUR IN UK

Dalam kelesuan industri muzik tanah air, Search terus mengorak langkah sesuai dengan taraf mereka sebagai lagenda rock Malaysia. Awal Februari 2010, Search akan kembara Ke UK dengan siri 3 konsert di Dublin, London & Liverpool. Konsert anjuran Orangkita Promotion & Sky Search ini merupakan julung-julung kalinya Search beraksi di UK. Selain daripada itu, khabarnya Search akan terus menyambung siri Konsert Di Awan Biru awal tahun hadapan. Menurut sumber, empat siri konsert sedang dalam perancangan. Tarikh dan masa masih dalam perbincangan dengan penaja. Aku dan rakan-rakan di DuniaSearch juga mempunyai perancangan tersendiri untuk Search. Nantikan sahaja maklumat terkini mengenai lagenda Rock ini....

17 November, 2009

KAMERA BARU

Ceritanya baru-baru ni aku beli kamera digital baru, murah jer harganya sebab ada Sale! Bukan nak tayang kamera tu cuma nak tunjuk hasil kerja puteri aku yang berminat gak dengan kamera...he..he...




09 November, 2009

BADAI TENGKUJUH DI BUKIT JALIL


Bersaksikan lebih 60,000 penyokong di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan doa ratusan ribu lagi rakyat di negeri Kelantan, Red Warriors akhirnya terkulai juga di tangan Skuad Rusa. Walaupun pada mulanya aku tergerak hati untuk ke stadium kerana pada hari tersebut kebetulan aku berada di rumah adik di Bukit Jalil yang jaraknya dengan stadium sekitar 3 kilometer sahaja tetapi atas beberapa faktor akhirnya aku membatalkan hasrat tersebut. Apatah lagi aku bukanlah penyokong mana-mana pasukan dalam perlawanan akhir ini. Apapun, tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan kerana berjaya menang bergaya untuk muncul Juara Piala Malaysia 2009. Agak malang bagi pasukan Kelantan, dengan label sebagai pasukan pilihan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat setia, namun akhirnya permainan mereka pada malam tersebut serba tidak menjadi hingga menyebabkan berlakunya beberapa insiden memalukan yang dicetuskan oleh para penyokong. Sehingga hari ini aku masih tidak memahami mengapakan insiden seperti itu boleh berlaku. Marahkah pasukankah? marahkah FAM?, marahkan pengadil?, marahkan Negeri Sembilan? atau marahkan diri sendiri....?

29 October, 2009

DI PESISIRAN TAMBAK

Minggu lepas aku berkesempatan ke Johor Bahru selama 4 hari untuk tugasan rasmi di sana. Sempat gak ler bawa keluarga dan merakamkan kenangan di pesisiran tambak....












20 October, 2009

KELUARGA





13 October, 2009

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

Bulan Oktober....bulan ini telah ditetapkan oleh kerajaan sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan. Maknanya sepanjang bulan ini aku sedikit sibuk dan harus menyibukkan diri...he..he..