06 March, 2007

Mat Som Bin Mat Top

Pada awal aku menulis dalam blog ini aku pernah menulis tentang sebuah filem yang telah lama aku cari iaitu Mat Som. Filem yang diadaptasi dari Komik Mat Som karya Datuk Lat ini dan telah diarahkan oleh Hatta Azad Khan sememangnya tidak mungkin dapat ditayangkan lagi di kaca televisyen kerana penerbitnya (dari luar negara) telah membawa semua bahan asal kembali ke negaranya. Akhirnya melalui laman blog ini juga seorang rakan (rupanya senior aku semasa zaman sekolah dulu) telah menawarkan aku VCD filem ini. Terima kasih kepada saudara Kamal Hidayat (Khys) kerana sudi berkongsi bahan ini dengan aku. Gembira sekali kerana dapat menyimpan koleksi ini yang aku rasa tak ramai yang ada. Mat Som merupakan filem yang agak berlainan daripada filem-filem yang sezaman dengannya. Gabungan Hatta Azad Khan, Imuda, Mohamad Busu dan Zami Ismail memberi kelainan kepada filem ini. Seharusnya karya-karya kartun yang baik boleh diangkat ke dalam medium filem daripada kita melihat kisah-kisah cinta yang memualkan itu...

2 comments:

Anonymous said...

boleh tak saya nak copy filem mat som...nanti saya bayar..saya pun tercari-cari filem tu sebab saya suka baca karya dato lat specially MAT SOM b mat top yg dipaksa kawin dengan faridah anak hj aladdin (xsilap la)..email me if ada respon qamahana@yahoo.com. tq

Anonymous said...

bro.

vcd ada x lg. saya lama dah cr citer ni.
please email saya.

azrulridzwan@live.com.my