06 March, 2008

SEMOGA SELAMAT SEMUANYA


"Marilah-mari pergi mengundi, Jangan lupakan kewajipan pada negara....."Alhamdulillah dalam tempoh 48 jam dari catatan ini ditulis, kita semua akan menunaikan kewajipan untuk memilih pemimpin dan kerajaan. Walaupun berbeza parti, lambang dan calon diharapkan kita semua dapat menjalankan kewajipan ini dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas agar kita semua dapat hidup dalam negara yang aman dan damai. Kesempatan ini aku ambil untuk mengucapkan Selamat Mengundi, Selamat Bercuti dan berhati-hati di jalan raya apabila pulang ke kampung. Insya-Allah aku akan pulang mengundi di Parit Buntar dan turut bercuti selama satu minggu. Kepulangan ke kampung bukan hanya untuk mengundi sahaja tetapi juga untuk bertemu keluarga tercinta. Selain itu, sudah pasti untuk melepaskan gian aku dengan nasi kandar dan char kuew teow di Parit Buntar....

No comments: