27 September, 2009

SUATU HARI DI HARI RAYA

Sebenarnya raya tahu ni aku tak ada gambar raya, jadi gambar di atas antara gambar aku berhari raya di kampung.....he..he...Seperti yang aku rancangkan melalui entri diblog ini sebelum ini, rancangan aku untuk berhari raya di Machang pada hari raya pertama dan balik ke Parit Buntar pada hari raya kedua akhirnya menjadi kenyataan. Mujur juga isteri aku tak kisah, dan sudahnya aku dapat berhari raya selama 5 hari di Parit Buntar. Hari raya pertama di Machang aku tidak ke mana. Berhari raya bersama keluarga di rumah dan menjelang tengah hari ke Pangkal Gong, Pulai Condong untuk berhari raya di rumah tok isteri aku. Menjelang petang kembali ke Machang untuk tidur.....dan sebelah malam melayan sedara-mara yang datang berkunjung.
Awal pagi raya kedua aku dah bersiap, menjelang pukul 8.00 pagi aku sekeluarga dah bertolak balik ke Parit Buntar. Pukul 2.00 petang kami dah sampai di Parit Buntar. Sepanjang 5 hari beraya di Parit Buntar banyak masa dihabiskan di rumah. Tetapi sempat juga aku ke Bukit Merah untuk berhari raya dengan kawan-kawan sekolah dan seterusnya ke Taiping untuk berhari raya di rumah saudara sebelah isteri. Pada hari raya keempat, sebelah malamnya sempat ke Seberang Jaya untuk majlis Reunion EX-TI Penang 92/93. Meriah gak malam tu dengan kehadiran kawan-kawan sekolah yang sudah lama tidak berjumpa.
Hari raya keenam aku kembali ke rumah mertua (Machang) dan semalam kembali ke rumah di Kota Bharu. Sekejap sahaja seminggu Syawal berlalu. Bagi aku, dalam kecanggihan dan kemajuan dunia yang semakin menggila ini, kemeriahan hari raya makin kurang terasa. Adakah kita makin melupakan tradisi dan budaya berhari raya? ataupun aku yang semakin tua untuk merasai kemeriahan berhari raya.........

No comments: