24 November, 2009

PERODUA ALZA

Buat pertama kalinya Perodua mengeluarkan MPV pertama mereka yang dikenali sebagai Perodua Alza. Selepas MyVi & Viva menjadi pilihan, kini mereka memilih Alza sebagai nama kereta nasional ini. Tak silap aku dinyatakan Alza bermaksud 'Kebangkitan' dalam bahasa Sepanyol. Persoalannya mengapakah bahasa Sepanyol yang dipilih daripada sekian ratusan ribu dan jutaan istilah Melayu yang ada? Kolot sangatkah bahasa Melayu sehingga hendak memberi nama kereta keluaran negara pun harus mengambil istilah Sepanyol? Mungkinkah Perodua akan membuka kilang di Sepanyol nanti? atau untuk menarik minat rakyat di Sepanyol membeli kenderaan ini? Mungkin juga orang kuat di Perodua meminati telenovela-telenovela Sepanyol yang banyak disiarkan di stesen TV kita, lantas mengambil peluang memilih bahasa Sepanyol. Hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang mengetahui jawapannya......

1 comment:

Wan A. Rafar said...

Betul. Daripada 1559 muka surat Kamus Dewan (Edisi Ketiga,1996) takkan tak ada sepatah kata pun perkataan Melayu yang sesuai?