17 December, 2009

BADI 20 TAHUN AKHIRNYA LEBUR


Akhirnya pasukan bolasepak bawah 23 tahun Malaysia berjaya mengakhiri badi selama 20 tahun di Sukan Sea, setelah berjaya memenangi pingat Emas Sukan Sea Laos 2009 setelah membenam cabaran Vietnam dengan jaringan tipis 1-0. Tahniah diucapkan buat K. Rajagopal dan wira-wiranya kerana berjaya menebus dosa-dosa lalu dengan kemenangan yang cukup membanggakan dan ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Walaupun pada mulanya skuad ini tidak diberikan harapan langsung untuk muncul juara dan ada juga suara-suara sumbang yang menidakkan keupayaan skuad ini, tetapi mereka berjaya menutup suara-suara sumbang tersebut dengan menghasilkan sebutir pingat buat negara. Seharusnya pujian wajar diberikan kepada skuad ini. Walaupun masih banyak kekurangan dan kelemahan, namun kemenangan ini seharusnya diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Semoga skuad ini mampu terus menghadirkan sinar untuk menaikan imej bolasepak negara dan tidak terus dibuai perasaan dengan kejayan yang baru bermula ini. Apapun tahniah sekali lagi buat skuad bolasepak bawah 23 Malaysia.

1 comment:

Rusdi Abd Rahman said...

Sharrul,
Sama-sama rasa bangga atas kejayaan yang bermutu ini. Ya... memang awalnya tiada harapan, cuma yang takut kini 'penyakit unggul' sukan Malaysia akan kembali pabila menang sesuatu maka 'riuh dan besar kepala' selepas itu terus merudum... harap tidak begitu berulang terjadinya 'penyakit' ini.
Apa-apapun pasukan utama bola sepak kebangsaan juga harus buktikan sesuatu peningkatan dan kejayaan khasnya peringkat Asia Tenggara dalam kejohanan yang lebih besar dan unggul.