18 June, 2010

SEPANJANG MUSIM CUTI (KONSERT DT)

Sebenarnya agak malas untuk mengemaskini blog pada hari ini, ketika penggunaan facebook lebih cepat dan ringkas. Tetapi apa pun, bila dah selalu sangat mengadap facebook, ada kalanya rindu juga untuk memblog. Sepanjang hampir dua minggu lepas, musim cuti persekolahan telah berlangsung dan dalam tempoh hampir dua minggu ni banyak kenangan dan pengalaman musim cuti sekolah yang telah aku sekeluarga lalui.

Bermula sahaja musim cuti, seawal hari Jumaat aku dah berada di Kuala Lumpur, dan seterusnya terus ke Johor Bahru pada malam itu. Kami sampai di JB sekitar pukul 1 pagi dan situasi menjadi rumit ketika mencari rumah penginapan yang akhirnya kami sesat lebih dari sejam. Dalam tempoh tiga minggu ini, dua kali kami sekeluarga ke Johor Bahru. Pertama sekali untuk tugasan rasmi dan kali ini untuk ke Konsert DT (Double Trouble) yang aku dah miss ketika berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ni. Aku tak nak mengulas panjang tentang persembahan kedua-dua kumpulan untuk Konsert Double Trouble ni. Dalam keadaan aku yang sekejap sibuk di booth DuniaSearch di hujung padang stadium dan seketika pula berada betul-betul dihadapan pentas untuk mengambil gambar, membuatkan tahap konsentrasi melayan konsert agak terganggu. Cukuplah gambar di bawah ini yang menceritakan situasi yang berlaku pada malam itu.

Sempat bergambar dengan krew DuniaSearch sebelum bergegas ke stadium

Bergaya di padang stadium, konon ala2 kumpulan rock lagenda...

Di depan booth DuniaSearch

Bersama keluarga

Ayrisha di penjuru pentas....

Sempat bergambar dengan Black Wings di belakang pentas

Keesokan hari, sempat jumpa Yazit di hotel penginapan Search.

Bersama keluarga Shaiful & Yan dari Singapura

Ok, cukup dulu untuk bahagian pertama. Lepas ni nak sambung cerita pasal balik kampung. Banyak lagi nak cerita, tapi oleh kerana mata dah tak boleh nak buka maka kena sambung lain kali la nampaknya....

2 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Sharrul,
Foto yang paling menarik iaitu foto di padang stadium itu. Stadium Larkin pernah jadi tempat perlawanan 'play-off' kelayakan Piala Dunia suatu ketika dahulu...

Pak Yob said...

gambar kat padang tu macam Group "Rimba Bara" mamat khalid je..