19 May, 2009

AKU YANG SEDANG JELAJAH DI AWAN BIRU


Hampir sebulan juga tidak mencatatkan apa-apa di entri. Bermula awal bulan ini sehinggalah awal bulan depan aku sememangnya sibuk dengan Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru yang menjelajah seluruh Malaysia. Dengan kesibukan kerja di pejabat dan konsert yang berjalan di hujung minggu membuatkan aku sedikit tercungap dan terpaksa membahagikan masa untuk menguruskan segala-galanya. Di tambah lagi dengan perniagaan katering isteri aku yang mula berkembang dan untuk bulan ini sahaja setiap minggu mendapat undangan. Alhamdulillah, dalam keadaan ekonomi dunia yang merudum, kami sekeluarga pula tak putus-putus mendapat rezeki. Cuma agak kesian melihat puteri kecil aku yang sedikit terabai kerana kesibukan kami menguruskan kerja. Terima kasih juga kepada semua yang membantu dalam menguruskan kerja-kerja ini dan juga yang telah memberi dorongan untuk kami terus maju dalam bidang yang diceburi. Insyaallah, moga-moga dengan doa dan dorangan ini kami akan terus berusaha agar segala yang dimimpi mencapai kejayaan.

Sememangnya dalam perniagaan, pastinya ada untung dan rugi. Siapa yang tidak mahu untung dalam berniaga. Cuma pada aku ketika ini untung adalah perkara kedua. Aku lebih puas kerana hasil produk aku diterima ramai. Aku merasa cukup terharu bila orang yang datang membeli memuji hasil rekaan produk yang aku ciptakan. Lebih membanggakan apabila mereka-mereka ini suka memakai barangan yang aku reka. Itu sebenarnya lebih puas dari mengira keuntungan. Bagi aku biarlah keuntungan yang diterima kecil asalkan pelanggan puas hati dan tidak jemu-jemu untuk memiliki barangan kita daripada untung berlipat ganda tetapi hanya sekali itu sahaja yang dibeli oleh pelanggan.

Khamis ini akan ke Kuala Terengganu untuk terus Jelajah Di Awan Biru. Harap-harap orang di Kuala Terengganu pula akan menjadi pelanggan-pelanggan aku...