20 August, 2009

SALAM RAMADAN...

Seperti tahun-tahun sudah, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada semua saudara-mara dan rakan-rakan yang sudi menjengok, membaca dan melawat laman blog yang tak seberapa ni. Semenjak akhir-akhir ni makin malas untuk menulis, pasal tu aku banyak letak gambar jer. Kedatangan Ramadan kali ini dalam keadaan wabak H1N1 yang terus bermaharajalela mungkin sedikit sebanyak akan mengubah lanskap suasana umat Islam berpuasa di negara kita. Apa pun, mungkin ada rahmat di sebalik semua kejadian. Dalam keadaan kemelesetan ekonomi yang masih belum pulih dan serangan H1N1 di seluruh dunia, seharusnya kita mengambil iktibar ini untuk bersederhana menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang. Masalah yang melanda dunia hari ini sepatutnya menjadi peluang untuk kita semua berubah dan menginsafi diri, apatah lagi dalam menyambut bulan yang penuh berkat ini....Wassalam....

13 August, 2009

MAI PILIH BISKUT RAYA

Selalu dok promosi kerja sendiri, kali ni nak tolong promosi biskut raya isteri lak...he..he.. Butter Coklat Chip

Coklat Chip Badam

Tart Nanas

Tart StrawBerry


Tart Blueberry


Almond London

Biskut Oak
Biskut Nestum

Biskut Nano

Biskut Karisma


Biskut Gajus
Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Ayu : 017-9230423

11 August, 2009

SASTERAWAN NEGARA KE-10 : Y. BHG DATUK' DR. ANWAR RIDWAN


Tahniah diucapkan kepada Y. Bhg Datuk Dr. Anwar Ridwan kerana telah dipilih sebagai Sasterawan Negara Yang Ke-10.

04 August, 2009

TEATER TOK JANGGUT

SEBUAH PERSEMBAHAN TEATER TOK JANGGUT - KARYA & ARAHAN SENIBAYAN - TERAJU UTAMA :
KHALID SALLEH - DEWAN NURANI, USM KUBANG KERIAN, KELANTAN - 8-9 OGOS 2009 - 8.45 MALAM - MASUK PERCUMA

03 August, 2009

DI AWAN BIRU....

Aku perlukan rehat seketika, setelah penat 'beraksi' DI AWAN BIRU.....