25 February, 2010

SEARCH LIVE IN LIVERPOOL (21 FEB 2010)

Persembahan terakhir Search di kelab The Carvern, Liverpool pada 21 Feb 2010. Terima kasih kepada Khairizan Ibrahim & Nurul Najwa (peminat Search di Liverpool) yang sudi berkongsi lensa rakaman mereka untuk tatapan semua.

20 February, 2010

SEARCH LIVE IN SCALA, LONDON (18 FEBRUARI 2010)

Sekali lagi Search menggegar kesunyian di Scala, London pada 18 Feb 2010. Tidak perlu kenyataan yang berjela-jela, gambar di bawah sudah menjadi bukti.
* Gambar diambil daripada Facebook Shamsul Anuar, seorang peminat Search di London

18 February, 2010

MENTARI MERAH DI UFUK BARAT

Akhirnya lagenda rock Malaysia Search berjaya menjajah UK melalui siri persembahan di Dublin, London dan Liverpool bermula 16hb dan akan berakhir pada 20 Februari 2010. Walaupun hanya membuat persembahan dalam skala kecil, namun sekurang-kurangnya persembahan mereka dapat mengubat kerinduan para peminat di UK dan secara tidak langsung membuka mata pihak-pihak di luar sana akan kehebatan lagenda rock Malaysia ini. Gambar di bawah antara aksi menarik yang sempat dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka, saudara Zekri Hashim semasa persembahan mereka di Dublin (16/2/2010).

10 February, 2010

PIRING HITAM (LP)

Antara hobi aku pada masa ini ialah mengumpul piring hitam. Memang payah nak dapatkan koleksi berharga ni. Kalau di KL, tempat tumpuannya mestilah di Amcorp Mall, tetapi mesti bersiap dengan harga yang kadang-kala tak masuk akal. Nasib baiklah aku ada sumber yang lebih murah untuk memperoleh bahan-bahan ini dan di bawah ini adalah koleksi piring hitam kumpulan Search yang paling berharga bagi aku. Semua dah ditandantangani oleh anggota Search dan rasanya buat masa ini koleksi ini mungkin dah mencecah nilai ribuan ringgit.

LP Di Pintu Sepi.
Antara yang paling berharga sebab ini adalah album kontroversi Search dgn Polygram
LP Search Sepuluh Tahun
Dikeluarkan sekitar tahun 1991 sempena 10 tahun kumpulan Search


LP Langit dan Bumi
Antara koleksi album Search terawal dan memang sukar untuk dicari

LP Karisma
Sayang sekali LP ini hanya memuatkan 4 buah lagu. Rasanya ada versi penuh untuk LP ini

LP Fenomena
Album yang mencatatkan sejarah dan fenomena kepada kumpulan Search. Antara LP yang paling bernilai buat aku. Kalau ada orang offer RM 10,000.00 pun belum pasti aku akan jual..he..he..