07 February, 2006

Dunia Search


Search : Lagenda dan Ikon Muzik Rock di Malaysia kini kembali dengan semangat dan nafas baru untuk menyambut Jubli Perak penubuhan mereka yang telah bertapak di negara ini selama 25 tahun. Mana-mana Mat Rock yang pernah melalui zaman kegemilangan rock tanah air sekitar tahun 80-an dan awal 90-an wajib kenal Amy, Din, Yazid, Nasir dan Kid. Lagenda rock ini telah menempuh segala onak dan ranjau, jatuh bangun dalam industri muzik negara dan telah menjulang banyak kejayaan yang seharusnya dibanggakan. Aku sebagai salah seorang peminat setia Search amat amat berbangga kerana band ini masih kekal utuh walaupun pernah berkubur seketika. Mengimbau kenangan zaman persekolahan pada sekitar penghujung 80-an dan awal 90-an, pasti ramai yang tidak lupakan bait lirik Rozana "biar seribu, biar ramai menganggu...padaku engkau lah ratu" yang menjadi ayat penguat di dalam setiap surat cinta buat kekasih. Fantasia Bulan Madu pula menjadi lagu wajib bagi setiap pasangan kekasih, manakala Isabella buat ramai yang terpukau dengan iramanya. Waktu itu Studio Jamming penuh dengan mat-mat rock (termasuk aku) yang sentiasa cuba memainkan lagu Search dengan sebaik mungkin. Masa aku berkecimpung dalam arena jamming ni, band aku diwajibkan hafal dan main semua lagu dalam album Fenomena!Memang best mengenang kembali zaman ni, dengan seluar ketat dan kasut aliph membuatkan cikgu disiplin kat sekolah pening kepala setiap kali membuat pemeriksaan keatas para pelajar. Hari ini Search masih lagi teguh untuk terus Rock N Roll dengan peminat setianya. Aku yakin Search masih lagi mempunyai ribuan peminat setia yang terus menyokong perjalanan seni band ini. Tahun ini Search akan menyambut ulang tahunnya ke 25 dan dijangkakan melancarkan album terbarunya Empire Garden pada bulan Mac ini termasuk merancang Konsert Mega Sempena Ulangtahun Yang ke-25. Pastinya aku antara insan yang akan hadir memenuhi ruang stadium untuk bersama-sama Rock N Roll dengan Search. Buat semua peminat Search, dapatkan maklumat terkini mengenai Search di www.duniasearch.com

3 comments:

just with her, Ramilah Ramir said...

inilah yg sya hairan sgt ni bang, Sya dah brkali2 dah cuba, www.duniasearch.com,,, tapi Mustahil dapat !, tak jumpa2 lgsung laman nie,,, mcm mna ya????????

Sharrul Rizal Hashim said...

Untuk makluman, laman ini telah ditutup dan buat masa sekarang duniasearch beroperasi di facebook. www.facebook.com/duniasearch.

Tengku Kamal @ Faizal said...

kenape tutup bro? jom kita up blk