20 June, 2006

Gothik Malam Edan




















Gothic Malam Edan merupakan album terbaru Search yang akan keluar penghujung bulan ini setelah mereka mengalami masalah dalaman dan menyebabkan penggunduran dua bersaudara Nordin dan Hamzah (Kid) dan juga kehilangan album Empire Garden (Lost Album?) yang dirancang terbit awal tahun ini. Apapun aku agak kecewa dengan kehilangan Din & Kid kerana bagi aku gabungan dua beradik ini adalah antara yang terbaik dalam arena rock tempatan selepas Man Kidal dan Samad. Dilihat tidak terlalu menonjol berbanding Amy, namun bagi aku Din dan Kid banyak menyumbang kepada kegemilangan Search. Sampai sekarang tak boleh lupa riff-riff Din dan solo Kid yang begitu mencengkam. Namun pengunduran dua beradik ini telah mengembalikan anggota asal Search iaitu Hilliary. Cuma bagi aku Search tidak akan menjadi Search dengan hanya seorang gitarist. Seharusnya Din dikekalkan untuk berganding bersama Hilliary dan gabungan itu akan mengembalikan sejarah kegemilangan Search silam ketika mereka baru bertapak. Rata-rata peminat Search yang dok bersembang di forum laman web Search mahukan Din kembali dalam Search untuk berganding dengan Hilliary. Buat semua kawan-kawan yang meminati Search, tunggu apa lagi. Layarilah laman web Search dan boleh terus daftar jadi ahli. Yuran tak mahal, cuma RM 4 sebulan dan banyak benda yang boleh dapat kat dalam tu. Untuk permulaan single terbaru Yin & Yang boleh dimuat turun sekiranya mendaftar menjadi ahli. Daftar cepat, bayar kat Maybank 2u jer......!

2 comments:

Pak Yob said...

bagi peminat kumpulan Lestari boleh bayar yuran kat saya atau setiausaha kehormat, Encik Hasmadi Hamzah.

huzairul hezri said...

kalau kumpulan jelmol pulak, register kat Khairul Rijal aka Abang Aji. Yuran penyertaan, takpaaaalah noo..