12 September, 2007

SALAM RAMADHAN


Pejam celik pejam celik, Ramadhan datang kembali. Hari ini semua umat Islam telah memulakan ibadah puasa seperti yang termeterai dalam Rukun Islam ketiga. Bulan yang penuh kemuliaan ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh kita semua. Diharapkan kita semua dapat menunaikan ibadah ini dengan penuh keimanan dan mendapat keberkatan dariNya. Ramadhan juga seringkali membawa kembali nostalgia dan kenangan lama. Kenangan ketika mula belajar berpuasa, kenangan ponteng puasa dan pelbagai kenangan lain yang pastinya manis jika dikenang. Aku pasti semua orang mempunyai banyak kenangan di bulan Ramadhan ini. Tak tertulis rasanya kenangan-kenangan itu di sini. Apapun kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat semua kawan-kawan dan sanak-saudara yang sempat singgah menjengah blog ini. Semoga kita semua dapat menunaikan ibadah ini dalam keadaan aman dan damai di bumi tercinta. Selain itu harap-harapnya kita semua dapat bersederhana dalam berbelanja. Kebanyakan orang kita biasanya boleh menahan nafsu lapar dan dahaga tetapi amat payah mengawal nafsu berbelanja pada bulan puasa ini. Esok, aku akan pulang berpuasa ke Parit Buntar, sudah tentunya akan mencari juadah kegemaran aku. Ayam percik, kueteow goreng pak ngah, dan pastinya kerang rebus yang terkenal di kampung aku. Tak lupa juga aku ingin mengingati diri sendiri bahawa bulan puasa ini bukan tiket untuk kita mengurangkan kerja yang diamanahkan kepada kita dengan alasan letih dan sebagainya. Seharusnya kita bekerja seperti biasa dan kalau boleh lebih daripada biasa kerana kerja itu juga satu ibadah sekiranya kita melakukan dengan jujur dan ikhlas. Selamat Berpuasa dan Salam Penuh Keinsafan...

2 comments:

Pak Yob said...

he..he.. jangan pulak carik ayam madu di tengahari...

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan empunya blog.
memang kenangan bulan puasa ni payah nak lupa terutamanya bila boleh pekena koey teow pak ngah. Tapi...tu dululah. Nak cari yang serupa memang tak jumpa. Apapun dapat bau-bau pun jadilah.