20 April, 2008

SETELAH MULA BEKERJA

Sebagai seorang bloggers, sebenarnya kadang kala kita akan merasa sedikit resah sekiranya terlalu lama membiarkan blog ini tidak dikemaskini. Walaupun sebenarnya setiap hari aku akan menjenguk blog ini, sekadar melihat berapa hit pelawat dan sekiranya ada komen dari kawan-kawan, tetapi situasi masa kini membuatkan aku agak malas untuk menulis. Selepas berlakunya tsunami politik pada bulan lepas, masyarakat di negara kita mula membuka mata dengan laman-laman blog dan para bloggers yang sememangnya tumbuh bak cendawan lepas hujan di negara kita. Orang mula mahu mengenal apa itu blog, bloggers, bagaimana cara membuat laman blog dan sebagainya walhal fenomena ini sebenarnya sudah lama tercipta. Aku sendiri, diam tak diam sudah masuk tahun ketiga menelusuri dunia blog ini.
Apabila kerajaan mula 'mengambil berat' tentang hal blog dan bloggers , sudah tentu aku sebagai seorang penjawat awam perlu berhati-hati sekarang ini. Dan atas sebab itulah aku mula sedikit gentar untuk mencatat sesuatu di laman ini, kerana sedar sudah ramai orang berminat memerhatikannya. Namun kegentaran itu bukan bermaksud untuk mengalah, tetapi membuatkan aku kini lebih berhati-hati untuk menulis kerana apa jua yang tercatat di sini aku perlu bertanggungjawab. Apa yang pasti, bagi aku sendiri laman blog ini memberi peluang kepada aku sebagai seorang yang minat untuk menulis, belajar dan menulis sesuatu untuk tatapan umum. Biarpun tak semua apa yang ditulis ini betul dan tepat, tetapi sekurang-kurangnya aku menulis dengan ikhlas tanpa ada niat atau nawaitu yang boleh memudaratkan masyarakat. Sekurang-kurangnya, kawan-kawan yang mengunjungi laman blog ini tahu serba sedikit perkembangan diri aku di sini dan aku juga boleh mengetahui perkembangan hidup mereka melalui media blog ini.

Minggu lepas aku mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Seperti lazimnya aku turun untuk membuat pemilihan buku-buku baru untuk koleksi di pejabat. Agak huru-hara sedikit situasi di PWTC pada tahun ini kerana terdapat 3 ruang berbeza yang menempatkan gerai-gerai peserta. Kedudukan tiga ruang yang agak berjauhan, dan ditambah dengan kesesakan para pengunjung membuatkan keadaan menjadi tidak selesa. Sempat juga aku berkunjung ke gerai Wira Bukit untuk berjumpa Pak Samad, dan di situ juga terpaksa 'berpaling tadah' dengan menandatangani petisyen yang dilancarkan oleh beliau.



Semasa berada di Kuala Lumpur juga aku sempat 'jamming' dengan rakan-rakan multipliers/bloggers. Buat pertama kalinya kami bertemu setelah hampir dua tahun hanya kenal melalui laman maya sahaja. Oleh kerana kesemuanya meminati muzik dan mempunyai kemahiran bermain alat muzik, jadi sesi jamming menjadi ruang untuk kami mengenali lebih dekat antara satu sama lain. (untuk melihat gambar sila layari alamat ini : http://carvedijan.multiply.com/photos/album/18) Bertempat di Studio Pertama Cheras, kami memulakan sesi jamming setlist Wings - Search pada pukul 11.30 malam dan berakhir hampir jam 2 pagi. Seterusnya membasahkan tekak di gerai berhampiran studio sehingga pukul 3.oo pagi. Sudahnya aku sampai di rumah adik aku hampir pukul 3.30 pagi, lebih malang terpaksa mendengar leteran isteri pula...he...he...he...

1 comment:

Hamzah said...

Hang dah menikah dah ada anak... jangan selalu sangat jamming macam orang bujang lain la...Kurangkan enjoy banyakkan kerja2 berfaedah..