07 April, 2009

akhirnya SEARCH DI AWAN BIRU

Berita mengenai konsert jelajah (tour) ini bukan baru bagi kami peminat setia Search yang berada dalam Duniasearch. Lebih dari tiga bulan berita ini sudah tersebar dan kami hanya menunggu detik ianya menjadi kenyataan. Dan semalam kesahihan berita ini telah termakbul dalam sidang media yang dibuat di Menara Celcom. Akhirnya Search Di Awan Biru atau nama asal konsert ini Search Farewell Tour akan menemui semua khalayak peminat Search di seluruh negara mulai 2 Mei - 1 Ogos 2009. Tahniah juga kepada Celcom yang akhirnya sudi menaja konsert jelajah ini sedangkan banyak pihak lain memandang sepi untuk menaja artis tempatan mengadakan konsert. Jadi buat para rockers atau yang pernah menjadi rockers suatu ketika dahulu, bersedialah untuk menerima gegaran daripada kumpulan Search. Lebih menarik, Kota Bharu turut menjadi salah satu lokasi konsert jelajah ini. Setelah hampir 20 tahun Search tidak pernah membuat persembahan di sini, akhirnya Search akan kembali menggegarkan Stadium Sultan Mohd Ke-IV. Lebih menarik, aku dan beberapa rakan di Duniasearch telah diminta menguruskan gerai Duniasearch di semua lokasi konsert (semenanjung sahaja) untuk menjual pelbagai barangan Search dan bukan itu sahaja segala khazanah dan koleksi berharga peminat Search akan turut dipamerkan di gerai tersebut. Insyaallah, aku akan cuba berada di setiap lokasi konsert untuk turut sama memeriahkan majlis. Jumpa kalian di sana & Keep On Rockin!

KONSERT SEARCH DI AWAN BIRU

1
Saturday – 2nd May 2009
Tapak Ekspo Seberang Jaya, Seberang Jaya
2
Saturday – 9th May 2009
Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru
3
Saturday – 16th May 2009
Stadium Mini Jengka, Jengka
4
Friday – 22nd May 2009
Stadium Sultan ismail Nasiruddin Shah,Kuala Terengganu
5
Friday – 29th May 2009
Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star
6
Friday – 5th June 2009
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bahru
7
Saturday – 27th June 2009
Stadium Sarawak, Kuching
8
Saturday – 4th July 2009
Stadium Tertutup Miri, Miri
9
Saturday – 11th July 2009
Kompleks Sukan Sandakan, Sandakan
10
Saturday – 18th July 2009
Kompleks Sukan Tawau, Tawau
11
Saturday 1st August 2009
Stadium MBPJ Kelana Jaya @ Stadium Shah Alam (TBC)

Tiket boleh di beli melalui laman web Tiket Hotline

4 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Shahrrul,
Membaca dan melihat Amy Search dan Ringgo bersama TNGA dalam beberapa laman berita 'on-line'... namun dalam SIASAH terdapat satu foto Amy bersama peminat di Kota Bharu, rasa-rasanya yang pakai baju hitam lambang Search (berdiri hadapan Amy) itu macam kenal orangnya jika tak silap...?
Sekian, terima kasih.

Sharrul Rizal Hashim said...

Aku ler tu...he..he...jangan kasi tau orang lain..ha..ha...

Anonymous said...

Nama Saya M. Abas. Saya pernah tulis lirik kat www.duniasearch.com (bangganye lirik ku ade dalam laman kumpulan Search) Mengapa Search x buat konsert kat Indonesia plak? Ramai la peminat-peminat Search kat sini nak tgk persembahan bertenaga daripada Search...Tanya la pada Search mengapa x buat konsert kat sini tu? Rindu la saya ni ngan Search...Pheeewheeeett>>>>

Sharrul Rizal Hashim said...

He..he.soalan maut ni. Jawapan yang aku boleh bagi, mungkin sebab tak ada penaja (sponsored) rasanya. Konsert di luar negara seperti Indonesia memerlukan kos dan komitmen yang tinggi. Kita tunggu la, kalau ada permintaan dari peminat di Indonesia, insyaallah Search mungkin akan kembali