12 April, 2009

AMY SEARCH DI KOTA BHARU

Sebenarnya berita tentang Amy akan ke Kota Bharu telah dimaklumkan kepada aku semenjak bulan lepas lagi oleh pihak pengurusan Amy & Search. Dan aku memang berjanji untuk turun bersama, sambil2 merakamkan gambar Amy di sini untuk laman web Duniasearch. Cuma tak sangka yang Amy akan menyanyi di hadapan Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan sempena kempen menambah ahli Pemuda PAS. Sampai sahaja di Stadium Sultan Mohd Ke-IV baru aku menyedari situasi tersebut. Nak tak nak aku harus menyaksikan detik bersejarah ini dan tak sangka pula gambar aku berdiri depan pentas (ketika itu sedang bersembang dgn Amy) menjadi gambar yang menghiasi beberapa laman blog pembangkang. He..he..nak tengok gambarnya? Pandai-pandailah cari sendiri....

1 comment:

Anonymous said...

Shahrrul,
Rasa-rasanya aku antara orang terawal mengesan foto itu... setelah diamati foto itu... cara senyuman itu aku dah macam kenal sahaja walaupun hanya 2-3 kali berurusan rasmi dengan Shahrrul, ya... aku sering ke WT itu... hehehe...

rusdi (rarws@blogspot.com)