19 May, 2009

AKU YANG SEDANG JELAJAH DI AWAN BIRU


Hampir sebulan juga tidak mencatatkan apa-apa di entri. Bermula awal bulan ini sehinggalah awal bulan depan aku sememangnya sibuk dengan Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru yang menjelajah seluruh Malaysia. Dengan kesibukan kerja di pejabat dan konsert yang berjalan di hujung minggu membuatkan aku sedikit tercungap dan terpaksa membahagikan masa untuk menguruskan segala-galanya. Di tambah lagi dengan perniagaan katering isteri aku yang mula berkembang dan untuk bulan ini sahaja setiap minggu mendapat undangan. Alhamdulillah, dalam keadaan ekonomi dunia yang merudum, kami sekeluarga pula tak putus-putus mendapat rezeki. Cuma agak kesian melihat puteri kecil aku yang sedikit terabai kerana kesibukan kami menguruskan kerja. Terima kasih juga kepada semua yang membantu dalam menguruskan kerja-kerja ini dan juga yang telah memberi dorongan untuk kami terus maju dalam bidang yang diceburi. Insyaallah, moga-moga dengan doa dan dorangan ini kami akan terus berusaha agar segala yang dimimpi mencapai kejayaan.

Sememangnya dalam perniagaan, pastinya ada untung dan rugi. Siapa yang tidak mahu untung dalam berniaga. Cuma pada aku ketika ini untung adalah perkara kedua. Aku lebih puas kerana hasil produk aku diterima ramai. Aku merasa cukup terharu bila orang yang datang membeli memuji hasil rekaan produk yang aku ciptakan. Lebih membanggakan apabila mereka-mereka ini suka memakai barangan yang aku reka. Itu sebenarnya lebih puas dari mengira keuntungan. Bagi aku biarlah keuntungan yang diterima kecil asalkan pelanggan puas hati dan tidak jemu-jemu untuk memiliki barangan kita daripada untung berlipat ganda tetapi hanya sekali itu sahaja yang dibeli oleh pelanggan.

Khamis ini akan ke Kuala Terengganu untuk terus Jelajah Di Awan Biru. Harap-harap orang di Kuala Terengganu pula akan menjadi pelanggan-pelanggan aku...


2 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra Shahrrul,
Konsert Search Di Awan Biru di Johor Bahru yang lalu hebat dan mengujakan, mengikut perkiraan kasar diri ini penonton dalam anggaran 10 -12 ribu rasanya... cuma sistem bunyi agak tenggelam serta kurang memuaskan sikit, rasa tak puas mendengar muzik 'live' dalam konsert sebegini...

Sharrul Rizal Hashim said...

Salam,
Terima kasih atas pandangan. Rugi rasanya kerana tidak dapat bersama-sama di JB untuk konsert tersebut. Mengenai sistem bunyi, rasanya itu yang terbaik setakat ini bagi Search.empat orang krew didatangkan khas dari Indonesia dan apa yang aku dengar sendiri dari anggota Search, mereka amat berpuas hati dengan sistem bunyi pada kali ini (ketika show di Seberang Jaya). Mungkin di JB ada pengubahsuaian sedikit memandangkan venue konsert di tempat tertutup, dan bunyi yang dihasilkan agak berlainan berbanding dengan ruang terbuka. Apa pun tahniah la, dan harap2 boleh jumpa di Bukit Jalil 1 Ogos nanti.....