Ribuan manusia berkumpul, menanti detik jarum jam meniti ke angka tepat pukul 12 tengah malam. Masing-masing menghitung apabila jarum jam melewati sepuluh saat akhir untuk ke angka 12, dan apabila tiba masanya masing-masing menjerit dan bersorak keriangan. Serentak dengan itu juga bunga api akan di letupkan ke udara dengan penuh warna kegembiraan. Dentuman dan sinaran bunga api di udara makin menghangatkan ribuan manusia yang meraikan kedatangan tahun baru pada malam itu. Ada yang menjerit, ada yang melonjak, ada yang menari dan ada juga telah hanyut dek hasutan nafsu. Selepas itu masing-masing terus berhibur dengan acara hiburan yang dipersembahkan atau berhibur di tempat-tempat hiburan.
Situasi sebegini sudah makin serasi di negara kita setiap kali tahun baru menjelang tiba. Berbagai program dan aktiviti yang kesemuanya menjurus kepada acara hiburan telah disediakan untuk masyarakat kita meraikannya sepuas mungkin bagaikan tiada lagi tahun baru pada masa hadapan. Inilah cara masyarakat kita dan tiada sesiapa pun mempedulikan sama ada ia sesuai ataupun tidak.
Secara sedar atau tidak cara kita meraikan kedatangan tahun baru selama ini lebih banyak membawa kesan yang negatif. Keruntuhan moral remaja, lumba haram, seks bebas, kegiatan jenayah dan berbagai kegiatan sumbang lagi mewarnai malam tahun baru yang kita raikan. Memang tidak dinafikan yang perkara-perkara sumbang ini berlaku pada setiap hari tetapi sedarkah kita pada malam tahun baru, lebih banyak perkara baru yang terjadi. Amat menyedihkan melihat remaja terutamanya anak-anak Melayu pada malam tahun baru. Siapa lagi yang memecut dan berlumba haram di jalan raya kalau sebahagian besarnya bukan anak-anak Melayu. Melihat kelakuan pasangan anak-anak Melayu yang berpelukan dan bercumbuan tanpa rasa malu di tepi-tepi jalan pada malam tahun baru, bukan lagi perkara aneh. Itu belum lagi disingkap pintu pusat-pusat hiburan yang dibiarkan beroperasi sehingga subuh pada malam itu. Masing-masing tidak mengambil kisah kerana budaya ini yang kita terapkan saban tahun.
Ibu-bapa pula seakan hilang kuasa pada malam tahun baru. Mereka dengan rela hati membiarkan anak-anak mereka untuk bebas pada malam itu tanpa rasa curiga. Mungkin ada sesetengah ibu bapa juga masih berkeliaran di Dataran Merdeka ketika embun mula turun membasahi bumi. Pendedahan NTV7 melalui rancangan Edisi Siasat baru-baru ini membuktikannya. Anak-anak muda sekali lagi ANAK MELAYU yang berusia sekitar belasan tahun ketika ditemu ramah menyatakan yang keluarga mereka memberi kebenaran kepada mereka untuk keluar merayakan tahun baru. Pedulikan sama ada mereka bercakap benar atau tidak, namun ketika rakaman itu dibuat remaja Melayu yang masih dibawah umur ini sedang berkeliaran di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Situasi ini biasanya berlaku hanya pada malam tahun baru. Bagi yang berani mati pula, jalan raya merupakan medan untuk mempertaruhkan nyawa. Agak malang bagi anggota Polis Trafik yang terpaksa berkerja keras dan terpaksa menyabung nyawa pada setiap malam tahun baru hanya untuk mengajar anak-anak kita agar tidak menjadi kurang ajar di jalan raya. Dan sekali lagi situasi ini begitu menjadi-jadi pada malam tahun baru.
Kenyataan di atas mungkin hanya sedikit daripada situasi sebenar yang terjadi pada malam tahun baru. Itu baru cerita kelakuan anak-anak remaja, golongan dewasa pula tidak kurang hebatnya pada malam itu. Masing-masing dengan cara dan persepsi sendiri mengikut kehendak hati dan tuntutan hawa nafsu. Tidak perlu peduli dengan masalah dan akibat yang akan berlaku kerana malam tahun baru hanya sekali setiap tahun. Kebebasan dan kegembiraan yang diberi pada malam itu perlu diraikan sepuasnya.
Seharusnya mulai hari ini kita perlu memikirkan apakah setiap tahun kita perlu menyambutnya dengan cara sebegini. Ironinya kerajaan mengharamkan permainan bunga api dan mercun pada musim-musim perayaan tetapi berhabisan puluhan ribu ringgit meletupkan bunga api pada malam tahun baru. Itu belum lagi dikira kos menganjurkan acara-acara hiburan yang tidak ketentuan hala tujunya. Masih perlukah lagi kita terus menyambutnya dengan cara meniru budaya asing ini? Jawapan itu ada dalam diri kita masing-masing, perlu di renung dan difikirkan sejenak. Malam tahun baru akan tiba lagi penghujung tahun ini dan akan terus muncul untuk tahun-tahun yang seterusnya. Mungkinkah kita akan terus menyambutnya dengan cara ini atau berubah mengikut norma budaya dan tata susila kita sendiri?
*(Artikel ini ditulis pada tahun lepas, cuma aku tak sempat nak hantar ke mana-mana majalah atau akhbar. Dan rasanya ianya masih relevan untuk tahun ini)

1 comment:
waduh bagus sekali penulisannya ... terus berkarya ...
Post a Comment