05 February, 2007
Sebuah Persahabatan
Semasa balik kampung pada hari raya korban yang lepas, aku mengambil kesempatan untuk bertemu seorang sahabat karib yang rasanya lebih 10 tahun tidak berjumpa. Khairul Nizam atau aku panggil Ayun merupakan sahabat baik aku semenjak di bangku tadika sehinggalah ke darjah 6 (dalam kelas yang sama). Biasanya bukan kami berdua sahaja tetapi ada dua orang lagi sahabat iaitu Amin dan Izat dan rumah Ayun menjadi port untuk kami berkumpul sebelum sama-sama berbasikal ke sekolah. Persahabatan kami agak renggang selepas masuk ke alam sekolah menengah kerana Ayun di tawarkan masuk Maktab Tentera Di Raja dan aku pula hanya menyambung persekolahan di kampung. Selepas itu Ayun terus menyambung pelajaran ke luar negara (USA) dan sepanjang tempoh itu hanya beberapa kali sempat berjumpa. Tidak beberapa selepas beliau menyambung pelajaran di luar negara aku mendapat jemputan perkahwinannya dan turut hadir cuma tidak dapat berjumpa dengannya. Dan selepas berkahwin Ayun terus menetap dan bekerja di US dan ini memang aku tidak bertemu lagi dengannya selepas itu. Baru2 ini aku berjumpa mak dan ayahnya dan mereka memaklumkan yang Ayun telah kembali untuk menetap di Malaysia. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat berjumpa semula dengan seorang sahabat yang banyak berkongsi kenangan silam pada zaman kanak-kanak dahulu. Ayun sudah mempunyai tiga orang anak (yang sulung sudah enam tahun) dan dia tidak banyak berubah. Pertemuan di rumahnya itu diteruskan dengan borak-borak di kedai mamak beberapa malam selepas itu dengan seorang lagi rakan baik kami iaitu Amin. Banyak yang dibualkan dan banyak nostalgia digamit semula. Gambar di atas di ambil semasa kami mengikuti rombongan sekolah ke Kuala Lumpur. Gambar kenangan di Tasik Titiwangsa itu dirakam oleh guru kelas iaitu Cikgu Mazlan. Apabila dapat bertemu kembali dengan sahabat-sahabat lama dan mengimbau kisah suka duka silam ada rasa kedamaian dan ketenangan dalam diri aku. Kegembiraan dan keriangan semasa zaman kanak-kanak apabila dikenang rupanya-rupanya boleh mendamaikan jiwa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment