Sebenarnya aku agak sibuk sepanjang bulan ni. Hari ni baru bernafas sekejap (masuk ofis) setelah seminggu bertugas di luar pejabat (out station). Bermula 17hb yang lalu aku telah ke Kuala Lumpur untuk kursus di DBP sehingga 19hb. Aku kursus sepanjang hari dan malan di isi dengan pelbagai aktiviti. Malam pertama (17hb), aku lepak & minum2 dengan Hairi a.k.a Din serta Auze di Jalan Doraisamy sehingga mencecah pukul 1.00 pagi. Menyusul malam kedua aku keluar makan bersama keluarga dan bukan keluarga aku sahaja tetapi juga keluarga Ajan dan keluarga Pick. Tempatnya di RNR Kinrara, kami pekena Satay Kajang Haji Samuri. Malam ketiga di Kuala Lumpur semestinya sesi jamming. Kali ni aku, Din, Kirin, Erock, Pheewitt dan dua tiga orang rakan lain jamming di studio kepunyaan pejabat Din kat Hotel Grand Season. Free of Charge tu, dan malam tu kami belasah sampai pukul 1.30 pagi. Esoknya (20hb) pagi2 lagi aku dah bertolak ke JB, dalam perjalanan sempat singgah di Melaka. Ke rumah mak saudara isteri aku, makan tengah hari di situ. Dan seterusnya menyambung perjalanan ke Johor Bahru.
Pertama kali aku sampai ke JB bersama keluarga, sebelum ini aku hanya datang seorang. Kami menginap di Hotel Tropical Inn yang disediakan oleh DBPWS. Melihat bangunan hotel dari luar, aku macam tak berapa berkenan. Tapi alhamdulillah, biliknya amat selesa kerana baru sahaja menjalani proses menaik taraf. Dan aku dapat melihat pemandangan bandar Johor Bahru dan kota Singa dari tingkap bilik aku (tingkat 22) dengan sejelas-jelasnya. Tiga hari di Johor Bahru, siangnya aku membawa keluarga berjalan-jalan di sekitar bandar dan malamnya membuat kerja rakaman video di DBP Wilayah Selatan. 23hb pagi aku bertolak balik ke Kuala Lumpur, dan sempat menghadiri Majlis Baca Naskhah di DBP Kuala Lumpur. Esoknya(24hb) aku bertolak balik ke Kota Bharu dan hari ni baru sahaja mengadap komputer aku yang rasanya telah diserang virus.
Esok, aku akan bertolak pula ke Parit Buntar untuk menghadiri mesyuarat di DBP Utara pada 27hb tu. Esoknya pula aku harus bergegas ke Kuala Lumpur untuk membuat pemilihan buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Balik dari Kuala Lumpur aku berehat sehari dua dan 4-6 Mei aku perlu mengikuti program Khemah Sastera di Terengganu. Minggu selepas itu (9-11 Mei) pula aku akan kembali ke Pulau Pinang untuk persembahan lagu daerah di depan TYT Pulau Pinang.
Melihat dari jadual di atas, tak hairanlah isteri aku selalu menyindir aku yang aku ni 'gila kerja'. Biasanya apa yang aku jawab, lebih baik aku gila kerja daripada aku gila benda-benda lain...he...he....Jumpa lagi di catatan yang lain.
No comments:
Post a Comment