Roshizal Bin Ibrahim (aka carvedijan, ijan)19 July 1974 - 25 June 2009
Awal pagi sebelum memulakan kerja,biasanya aku akan menyemak facebook terlebih dahulu dan pagi ini amat terperanjat sekali apabila Zaini memaklumkan melalui facebooknya yang rakan kami iaitu Ijan (Roshizal Ibrahim) telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi. Aku terus sahaja menelefon Zaini dan untuk memastikan berita tersebut dan sesungguhnya apa yang dikhabarkan itu adalah kenyataan yang pasti!
Awal pagi sebelum memulakan kerja,biasanya aku akan menyemak facebook terlebih dahulu dan pagi ini amat terperanjat sekali apabila Zaini memaklumkan melalui facebooknya yang rakan kami iaitu Ijan (Roshizal Ibrahim) telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi. Aku terus sahaja menelefon Zaini dan untuk memastikan berita tersebut dan sesungguhnya apa yang dikhabarkan itu adalah kenyataan yang pasti!
Aku mengenali Ijan melalui laman maya Multiply. Ijan cukup dikenali di laman maya kerana merupakan peminat setia kumpulan Wings. Oleh kerana aku juga mempunyai banyak koleksi khazanah Wings seperti video klip dan sebagainya, dari situ kami mula rapat dan sering berhubung melalui telefon, sms dan chat. Bukan setakat itu sahaja bermula dari situ apabila aku turun ke Kuala Lumpur kami mula jamming bersama beberapa orang rakan lain yang juga ahli Multiply dan menggelarkan band projek ini sebagai Multipliers. Sejak itu apabila aku turun ke KL, pastinya akan menghubungi Ijan untuk jamming bersama dan kebiasannya arwah tak akan menolak. Namun semenjak hujung tahun lepas aku sudah tidak berjumpa dengan arwah kerana kesibukan tugasnya dan dia juga orang yang menguruskan kelab peminat kumpulan Wings yang dikenali sebagai Sayap-Sayap Wings. Namun kami masih sempat berbalas SMS dan adakalanya bersembang di ruang maya untuk bertanya khabar masing-masing.
Baru dua hari lepas, arwah telah membina laman Sayap-sayap Wings dalam perisian Facebook dan aku sempat menghantar beberapa artikel berkaitan kumpulan Wings kepada laman berkenaan. Dalam pada tu, aku tergerak hati meninjau facebook arwah dan sempat menatap gambar arwah bersama keluarganya. Dan hari ini aku menerima berita sedih ini. Aku kehilangan seorang lagi rakan yang baik, jujur dan sentiasa ceria dengan kawan-kawan. Al-fatihah buat Roshizal Ibrahim, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman....
3 comments:
Hi there
I was googling for Ijan's name and I came across some obituary for him on several blogs. Im not familiar with his rock side but he was a great teammate to work with. I had spent 2 months working on his shift and he was the most accommodating partner. He was such a darling, its really sad to have him go, just 2 days ago he woke me up and asked me to standby for him (so he can play badminton, sneaky boy!)
So it came as a shocker to get a phone call from office and hear about his demise.
I believe he left a gift for his wife. Lets hope its his heir.
God bless.
al fatihah
arwah merupakan seorang sepupu aku yg paling rapat dah macam adik bradik..sampai nickname kami sama ijan...aku ijan kecik dia ijan besar..waktu dia PERGI aku dah pindah ke jb..aku balik sana tapi tak sempat tgk jenazah arwah..mengalir air mata kelelakian aku...apepun aku berdoa agar rohnye ditempatkan digolongan org yg bertakwa....
Post a Comment