09 November, 2009

BADAI TENGKUJUH DI BUKIT JALIL


Bersaksikan lebih 60,000 penyokong di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan doa ratusan ribu lagi rakyat di negeri Kelantan, Red Warriors akhirnya terkulai juga di tangan Skuad Rusa. Walaupun pada mulanya aku tergerak hati untuk ke stadium kerana pada hari tersebut kebetulan aku berada di rumah adik di Bukit Jalil yang jaraknya dengan stadium sekitar 3 kilometer sahaja tetapi atas beberapa faktor akhirnya aku membatalkan hasrat tersebut. Apatah lagi aku bukanlah penyokong mana-mana pasukan dalam perlawanan akhir ini. Apapun, tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan kerana berjaya menang bergaya untuk muncul Juara Piala Malaysia 2009. Agak malang bagi pasukan Kelantan, dengan label sebagai pasukan pilihan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat setia, namun akhirnya permainan mereka pada malam tersebut serba tidak menjadi hingga menyebabkan berlakunya beberapa insiden memalukan yang dicetuskan oleh para penyokong. Sehingga hari ini aku masih tidak memahami mengapakan insiden seperti itu boleh berlaku. Marahkah pasukankah? marahkah FAM?, marahkan pengadil?, marahkan Negeri Sembilan? atau marahkan diri sendiri....?

2 comments:

Diana Ishak said...

yep. Kenapa kalau Kelantan berlawan mesti ada bakar2 mercun eh?

Sharrul Rizal Hashim said...

Sebab senang dapat stok mercun kat Golok...he..he...