15 March, 2010

PERJALANAN BARU

Hari ini aku akan memulakan sebuah perjalanan baharu, dengan tanggungjawab untuk melaksanakan amanah yang sedikit berbeza dari dahulu. Meskipun masih di ruang yang sama, namun lebih banyak onak dan cabarannya. Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dikurniakan rezeki ini. Terima kasih juga kepada isteri dan keluarga tercinta, sanak-saudara serta rakan-rakan yang senantiasa memberi dorongan dan pandangan serta mendoakan kesejahteraan ini. Semoga terus diberi kesabaran dan kudrat untuk menempuh segala cabaran mendatang...Insyaallah!

1 comment:

Rusdi Abd Rahman said...

Sharrul,
Tahniah. Insya-Allah hajat hati mahu undang ke program di Melaka pada 14 April nanti.