27 April, 2010

LEPAK

Sejak kebelakangan ni, saban malam atau berselang malam kalau tidak ada apa-apa kerja yang nak dibuat di rumah, aku biasanya akan keluar minum di restoran berhampiran dengan kawasan perumahan. Teman minum aku bukanlah rakan yang sebaya umurnya tetapi orang lama dalam bidang penulisan di Kelantan iaitu saudara Abdul Hadi Yusoff dan Pak Wadi Leta S.A. dan kawan baik Pak Wadi iaitu Pak We. Biasanya sesi minum kami yang anak aku sebut Lepak bermula sekitar pukul 9.30 - 10.00 malam dan akan berakhir sekitar pukul 12.00 tengah malam, dan biasanya juga aku yang akan balik dulu berbanding dua orang 'otai' ni. Sesi lepak kami juga ada kalanya dituruti oleh isteri dan anak aku dan kekadang juga Pengarah DBPWT, Tuan Haji Yussop dan isteri akan turut serta berkongsi cerita. Minum dan bersembang dengan dua orang lama dalam arena persuratan di Kelantan ni sememangnya memberi aku peluang untuk berkongsi ilmu baru dengan segala cerita dan pengalaman dua orang penulis ini, jadi tak hairanlah kalau aku tidak jemu untuk mendengar berbagai-bagai cerita dan pengalaman yang ada kalanya membantu dalam tugasan hakiki aku. Dan sehingga hari ini aku masih tidak jemu-jemu untuk terus bercerita dan lepak dengan dua orang sahabat ini...

Sebelah restoran tu ialah sekolah tadika anak aku. Pok We, sentiasa berasap...he..he..

Nina tu nama anak tauke restoran.
Dua orang 'otai' penulis negeri Kelantan - Abdul Hadi Yusoff & Wadi Leta S.A

1 comment:

Rusdi Abd Rahman said...

Sharrul,
Hajat hati hendak 'lepak' sekali pada 1 - 2 Mei ini tapi tidak dapat pergilah...