31 May, 2010

ZAMAN BATU

Gambar di bawah ini diambil sekitar tahun 89-90 (aku sendiri kurang pasti). Cuma yang pastinya pada ketika ini zaman muzik rock sedang hangat melanda negara kita dan aku salah seorang yang tercampak dalam arena ini dengan kawan-kawan menubuhkan kumpulan muzik sendiri. Kami pada ketika itu di tingkatan dua sering 'jamming' bersama-sama di sebuah studio di Parit Buntar (Pertama Studio) dan pada suatu ketika boleh kata setiap hari muka aku sentiasa berada di situ, sama ada untuk jamming atau hanya untuk melihat rockers-rockers yang lebih senior jamming. Paling best kelas tuisyen aku betul-betul terletak di atas studio jamming ni dan hasilnya aku banyak berada dalam studio daripada berada di dalam kelas. Nasib baiklah keputusan SRP masih di tahap yang membanggakan...he..he..

Dan sehingga hari ini hobi jamming masih tetap diteruskan, bukan sahaja untuk mengisi masa lapang dan minat tetapi juga secara tidak langsung untuk menguruskan badan...he..he...

Amin (Lead), Sharrul (Bass), Marul (Vocal)


Masa ni tukar ke posisi asal sebagai Drummer, Fakhrul ganti main Bass

2 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Sharrul,
Sungguh klasik foto dan kenangan itu, pemain bass harapan ketika itu... rasanya jika panjangkan lagi bakat itu pasti kita tidak bertemu dalam alam kini (maksudnya dalam rencah DBP). Hehehe...

Sharrul Rizal Hashim said...

Main bass hanya seketika, menggantikan kekosongan pada ketika itu. Posisi utama tetap sebagai 'tukang pukul'. Dulu ada perancangan untuk menyambung pelajaran dalam bidang muzik di ITM, tetapi keluarga tidak menggalakkan...he..he...