10 November, 2010

MENANTI TENGKUJUH

Sekian lama tak menulis. Bermula dengan kesibukan Aidilfitri yang lalu, sehinggalah ke tugasan sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan pada Oktober tahun ni. Memang agak sibuk sebenarnya. Sepanjang Oktober, setiap minggu aku berulang dari KB ke Kuala Terengganu. Hotel Primula dah jadi macam rumah kedua sepanjang bulan tersebut. Rekod kedatangan sekolah anak aku juga pastinya agak buruk untuk bulan Oktober ni, bila dia sama naik dengan aku ke hulu dan ke hilir.
Banyak peristiwa sebenarnya yang berlaku pada bulan Oktober yang lalu. Dalam kesibukan aku berkejar menjalankan program BBK, terpaksa balik juga ke kampung untuk majlis akad nikah adik aku, Jaja (10.10.2010). Majlis sederhana yang meriah, tapi lebih penting telah selamat kedua-duanya disatukan. Untuk program BBK pula banyak pengalaman yang aku perolehi kali ini. Kalau sebelum ini aku hanya membantu, tapi kini banyak program telah diamanahkan kepada aku. Alhamdulillah, dengan bantuan semua program dan aktiviti telah dapat dilaksanakan dengan baik.
Namun dalam kesibukan menjalankan tugas, akhirnya aku tak mampu melawan takdir Ilahi. Pada 28 Oktober 2010, dalam perjalanan balik ke rumah daripada pejabat, aku terlibat dengan kemalangan kecil (jatuh motor) dan mengakibatkan kaki kiri aku terseliuh dan bengkak. Bermula dari hari itu dan saat aku menulis ini, sebenarnya aku masih dalam Cuti Sakit (MC). Walaupun bengkak dah surut, namun masih sukar untuk menapak. Mungkin ini ujian kecil yang harus ditempuh dengan penuh kesabaran dan sebenarnya aku redha dengan ketentuan ini.
Bermula awal November juga, aku kehilangan seorang ketua yang baik dan berdedikasi apabila Pengarah aku telah diarahkan untuk berpindah ke Kuala Lumpur atas sebab kenaikan pangkat. Sememangnya agak sedih dengan perpisahan itu, apatah lagi Tuan Haji Yussop sekeluarga bukan sahaja dianggap sebagai ketua tetapi juga sebahagian daripada keluarga aku di sini. Apapun, itu juga satu ketentuan yang telah tertulis dan aku sentiasa mendoakan mendoakan agar beliau terus berjaya setelah kembali ke Kuala Lumpur. Buat seketika, dalam tempoh dua minggu ni aku benar-benar berehat. Mungkin juga ada rahmatnya dengan kecederaan ini. Sekurang-kurangnya aku dapat merehatkan diri setelah lebih sebulan bertungkus-lumus ke sana ke mari. Cuma bila dah lama macam ni, memang boring. Harap-harap kaki ni akan segera sembuh, untuk aku terus melangkah dan merancang perjalanan hidup...


4 comments:

Syaidul Azam Bin Kamarudin said...

assalamualaikum.
Sdr. Sharrul nampak serius keadaannya...semoga cepat pulih. Kami sekeluarga mendoakannya. Berehat secukupnya. Untuk meneruskan perjuangan...

ainzuryn said...

moga cepat sembuh

Rusdi Abd Rahman said...

Sharrul,
Ingatan dan kunjungan yang tetap dari kawasan hujung tanah, pabila sudah sihat jemput datang ke hujung tanah ini ya...
Semoga dikembalikan tenaga dalam kadar yang asal didoakan.

NASSURY IBRAHIM said...

Naik motor sambi khayal, ko.

Encik Yussop memang bagus. Semoga dia lebih berjaya lagi