25 January, 2011

MENJENGAH TIGA PULUH LIMA


Alhamdulillah, syukur dengan rahmatNya kerana terus diberi kesempatan menyambut hari lahir yang ke-35 hari ni. Syukur juga kerana diberi kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk menjalankan amanah yang diberi dimuka bumi ini.

Diam tak diam dah 35 rupanya umur aku, walaupun kadang-kadang tu rasa masih dalam lingkungan 20-an..he..he.. Apapun, bersama angka yang terus menginjak naik ini telah banyak asam-garam hidup yang dilalui dan makin banyak cabaran yang harus ditempuhi. Tahun ini jua puteri tunggal aku masuk memulakan alam persekolahan di darjah satu. Pada saat terakhir aku dan isteri mengambil keputusan menukar sekolahnya dari sebuah sekolah biasa ke sekolah yang kononnya berprestasi tinggi yang jauhnya lebih kurang 10km dari rumah. Bukan kerana status berprestasi tinggi semata-mata yang membuatkan aku mengambil keputusan itu tetapi beberapa faktor lain demi keselesaaan puteri aku. Antaranya kerana jumlah murid dalam kelas yang hanya 25 orang berbanding di sekolah sebelum itu yang khabarnya mencecah lebih 40 orang. Juga sekolah tersebut menawarkan matapelajaran bahasa Mandarin, yang memang anak aku nak belajar sangat. Tak tahu la, apa yg dia seronok sangat nak belajar bahasa Mandarin tu. Selain tu faktor semua murid perempuan di sekolah ini membuatkan aku harus mengambil keputusan membuat pertukaran sekolah tiga hari sebelum penggal persekolahan bermula.

Hasilnya dalam tempoh tiga minggu ni memang ada peningkatan dan perubahan yang baik untuk anak aku, walaupun setiap hari aku perlu berulang alik lebih kurang 40 km untuk hantar dan ambil. Sebelum ni aku dan isteri sudah berkira-kira berkemungkinan kami harus berkampung di sekolah seminggu memandangkan anak aku ni ada sejarah susah nak ke sekolah pada awal-awal ni masa tadika dulu. Tapi kali ni hari pertama dia dah suruh kami balik, sampai ibu dia lak yg tukar sedih nak balik. Semenjak dari itu, memang dah tak ada masalah pasal nak ke sekolah ni. Sampaikan semalam dia demam pun merengek nak ke sekolah jugak.

Pada 16hb yang lalu juga aku kehilangan nenek saudara (Allahyarhamah Hajah Rokiah Osman) yang meninggal kerana sakit tua. Kami sekeluarga bergegas dari Kota Bharu ke Kulim hari tu dan apabila sampai jenazah telah dikebumikan, talkin sedang dibacakan. Banyak kenangan dengan arwah, apatah lagi masa zaman kecik aku biasanya aku tidur sekelambu dengan arwah yang kebetulan akan tidur dirumah tok aku memandangkan arwah tinggal seorang di rumah berhampiran. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...

No comments: