"Search Tarik Diri Konsert 25 Tahun", mungkin itu antara tajuk utama ruangan hiburan akhbar di Malaysia minggu lepas. Selepas menunggu begitu lama, akhirnya konsert yang sepatutnya direalisasikan pada 5 Januari 2007 menjadi kenangan pahit buat Search termasuklah peminat setianya dan aku sendiri. Tiket di atas menjadi bukti betapa sebagai peminat setia aku berkorban membeli tiket berharga RM 82.00 (hadapan pentas) tetapi akhirnya menerima berita mengejutkan itu daripada kawan-kawan DuniaSearch melalui sms pada petang Rabu (3 Januari 2007). Apapun, aku tetap meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur pada malam itu kerana hendak menghantar adik aku ke UiTM dan sememangnya perjalanan itu direncana kerana hendak menonton konsert itu sekali. Akhirnya tiket ini terpaksa dikembalikan kerana sememangnya aku tidak berminat untuk menonton persembahan Slank dan malangnya duit tiket ini akan dikembalikan dalam tempoh dua bulan. Untuk mengubat hati yang terguris, pada malam 5hb tu, kami semua member Duniasearch jamming ramai-ramai di sebuah studio di Ampang. Walaupun tidak dapat menonton konsert Search, sekurang-kurangnya pada malam itu kami telah bersama-sama memainkan lagu-lagu Search selama dua jam setengah dengan segala bunyi yang sumbang. Penarikan diri kumpulan Search di saat-saat akhir ini menjadi satu sejarah dalam industri hiburan tanah air dan yang menjadi sejarah bagi aku kerana tiket di atas merupakan tiket termahal yang aku pernah beli dan aku tidak menonton konsert itu...
1 comment:
Apapun keadaan...persahabatan telah terjalin antara kita semua di studio ampang... walaupun kecewa dengan penarikan akhir SEARCH... tetapi persahabatan ini tidak boleh dijualbeli.. - NIGINA
Post a Comment