20 November, 2008

RINDU TENGKUJUH

Sepanjang 3 hari lepas hingga ke saat aku menulis entri ini, bandar Kota Bharu mula menerima hujan lebat yang tak henti-henti. Petanda akan hadirnya musim tengkujuh tak lama lagi. Maka akan muramlah wajah pengusaha kedai membasuh kereta, penjual air batu, dan penjaja-penjaja jalanan. Yang tersenyum pula mungkin tauke-tauke yang menjual payung dan baju hujan dan tak lupa juga bakal-bakal pengantin yang bakal melayari alam rumah tangga. Diam tak diam usia blog ini juga melepasi angka tiga tahun. Banyak juga yang telah aku tulis, walaupun kekadang tu ada entri yang sekadar syok sendiri. Pada mulanya tujuan aku membuat blog ini hanya untuk tujuan peribadi dan suka-suka. Tetapi selepas melihat perkembangan blog masa kini, seharusnya aku perlu berkongsi sesuatu dengan orang lain agar segala manfaat dapat dipelajari bersama. Aku sedang merancang sesuatu untuk membuat sedikit perubahan kepada blog ini, mungkin awal tahun hadapan bakal direalisasikan.
Suasana di tempat kerja juga mula berubah. Aku baru kehilangan seorang rakan karib yang telah berpindah ke selatan tanah air. Lebih kurang tujuh tahun yang lalu kami pernah tinggal bersama-sama ketika masih bujang. Seterusnya menjadi pasangat duet untuk melaksanakan kerja dan aktiviti di pejabat. Dan kini saudara Syaidul Azam meneruskan hijrahnya ke tempat baru dengan pelbagai kenangan dan nostalgia bersama rakan-rakan di sini. Semoga penghijrahan ini membawa lebih banyak manfaat dan peluang untuk lebih berjaya.

Hujan masih turun dengan lebat, musim tengkujuh baru hendak bermula...dan aku masih tetap seperti biasa.....

3 comments:

Layla Haq said...

waaa...cantik gambar ni...Nak cuba gak la.. Bagi setting kat saya leh tak?

Sharrul Rizal Hashim said...

Alamak, bukan saya yang ambil ni. Ni dapat kat internet jer. Nak cepat, jadi search kat google jer. Tapi menarik gak kan musim2 hujan ni ambil gambar camtu. Nanti saya try...thanks!

Amshyar Aminudin said...

Hehe..Kerja oh kerja..
Hope ade kerja tetap menantiku di saat tengkujuh bermula ni..
Thanx bro For T shirt!