Baru-baru ini, melalui laman maya Facebook, aku dapat bertemu kembali (secara maya) dengan kawan-kawan lama. Dan melalui kawan-kawan lama ini, aku dapat menatap kembali gambar kenangan semasa lawatan sekolah ke Kuala Lumpur. Gambar di atas ini diambil semasa aku dalam darjah 5 (tahun 1987), kira-kira 22 tahun yang lepas. Terima kasih kepada Remy Ismail yang sudi berkongsi gambar ini dengan aku. Pandai-pandailah korang cari aku yang mana satu yer.....
Itu pasal gambar lama, kali ini aku nak buka sikit cerita baru. Sebenarnya pasal blog aku yang berwajah baru. Setelah hampir dua tahun menggunakan templates biru tu, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menukar keseluruhan wajah blog ini. Dan hasilnya inilah wajah baru dengan beberapa kemaskini terbaru untuk blog ini. Bercakap pasal blog juga, baru-baru ini beberapa orang bloggers telah didakwa atas tuduhan menghina Sultan Perak. Aku tidak mahu komen mengenai dakwaan itu, cuma ingin sentuh sikit mengenai tanggungjawab kita sebagai seorang bloggers atau penulis. Dalam hal ini bagi aku, seseorang bloggers perlu bertanggung jawab dengan apa jua tulisan dan catatan yang disebarkan dalam alam maya ini. Dan untuk itu, seharusnya perlu ada pertimbangan dan budi bicara yang waras sebelum memuatnaik sesuatu entri atau catatan. Mungkin betul, apa yang lahir dalam bentuk tulisan ini adalah datang dari hati yang tulus dan ikhlas tetapi tidak semua wajar dipaparkan dalam blog. Apatah lagi apabila kita menulis dan menyentuh peribadi dan perihal orang lain. Sewajarnya perlu ada batas-batas tertentu yang tentunya tidak akan mengaibkan orang yang kita ceritakan itu. Blog memungkinkan sesiapa sahaja untuk menulis apa sahaja dan untuk dibaca oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia, tetapi tidak semua orang boleh menerima pemikiran kita melalui medium blog ini. Apatah lagi apabila kita memang dikenali sebagai seorang penulis, maka apa jua entri atau catatan yang terkandung dalam blog merupakan cermin pemikiran dan keperibadian seseorang penulis tersebut. Justeru, sebagai seorang penulis seharusnya etika penulisan wajar dititik beratkan agar apa jua yang terkandung dalam blog milik kita tidak di salah tafsir atau dipandang serong oleh pembaca yang pelbagai.
Mujur juga aku bukan seorang penulis....tetapi sehingga hari ini aku masih berhati-hati untuk menulis di blog agar tidak menyentuh hati dan perasaan orang lain...
1 comment:
Sdr. Ada saya letak komen. Masuk ke tidak?
Post a Comment