06 September, 2009

DI PERTENGAHAN RAMADAN


Alhamdulillah, diam tak diam hari ni sudah 16 hari kita berpuasa, dan puasa aku masih cukup! Dalam keadaan politik dan kewangan yang masih belum stabil rasanya sambutan ramadan kali ini masih seperti biasa, kalau ada pun kekurangannya itu semua adalah kelemahan kita sendiri. Syukur kepada Allah S.W.T. kerana sentiasa melimpahkan rezeki kepada kita, dan bagi keluarga aku sendiri juga amat bersyukur kerana rezeki yang telah dikurniakanNya. Dalam tempoh seminggu dua ni, kami sekeluarga agak sibuk menyiapkan tempahan biskut raya yang agak banyak. Oleh kerana kami memulakan operasi membuat biskut agak lewat kerana beberapa halangan kecil, maka sudahnya terpaksa bertungkus lumus sedikit untuk menyiapkan semua tempahan yang telah dibuat. Nasib baik juga kerana semua persiapan raya seperti baju untuk anak & isteri semua sudah siap awal-awal lagi. Bab ini aku memang kena prepare awal sebab dah serik dengan satu insiden hari raya beberapa tahun lepas apabila isteri aku membuat drama di pagi raya yang bertajuk "Tangisan Di Hari Raya". Tangisan di pagi raya itu bukan kerana terlalu sedih sebab meminta maaf dengan aku tetapi kerana baju raya tak siap! Sudahnya mood raya tahun tu hancur...he..he..Jadi bermula dari insiden tu, bab-bab persiapan awal ni aku kena beri perhatian. Aku sendiri tak kisah sebab tahun ni aku ada banyak baju raya berlogo Search untuk di pakai.

Sebenarnya tahun ni aku sendiri tak pasti nak beraya di mana, kalau ikut pekeliling rumahtangga aku tahun ni sepatutnya beraya di Parit Buntar, Perak. Kalau ikutkan memang ok, cuma yang tak ok raya kedua dah kena balik ke Machang. Jadi aku dok pikir-pikir nak raya kat Machang dulu, petang raya atau pagi raya kedua baru balik ke Parit Buntar...dan lepas tu duduk 5 hari di Parit Buntar, baru adil...ha..ha..ha...Harap-harap isteri aku tak baca blog ni. Kalau tak, dia akan awal-awal lagi akan ubah plan, jadi bagi yang baca blog ni tolong jangan bagi tahu isteri aku...he..he..he...

2 comments:

Memorabilia said...

En Shahrul rumah kat machang 2 kat mane??2 kg sy gak

Anonymous said...

aku bagtau kat ayu..hahahahah..baru padan muka hang! -ajan-