17 September, 2009

SYAWAL DATANG LAGI....


Diam tak diam kita makin menghampiri Syawal dan meninggalkan Ramadan yang mulia. Alhamdulillah, rasa-rasanya semua orang dapat menjalani ibadah puasa yang sempurna pada tahun ini. Sekiranya ada kekurangan dan kelemahan pun, seharusnya ia dijadikan iktibar dan pedoman bagi seorang insan yang bernama manusia. Insyaallah, tahun ini aku beraya di Machang dahulu (seperti yang aku rancangkan...he..he..), walaupun kalau mengikut jadual seharusnya aku beraya di Parit Buntar pada tahun ini. Hanya pada hari raya kedua baru aku akan pulang ke Parit Buntar.

Jadi kesempatan yang ada ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua saudara-mara, rakan-rakan, sahabat dan juga sesiapa jua yang mengunjungi laman blog ini sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Maaf Zahir & Batin kalau selama ini aku ada tersilap kata, terkurang bicara sama ada melalui catatan-catatan di dalam laman blog ini ataupun semasa berinteraksi dengan anda semua. Semua kita dapat melalui lebaran Syawal ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Salam Aidilfitri & Jangan Main Mercun.....!

1 comment:

Syaidul Azam Bin Kamarudin said...

Assalamualaikum.
Selamat Hari Mulia. Maaf segalanya.