
Bercakap tentang bola ni, ada juga rakan dan saudara mara yang hairan kerana aku cuma fanatik dengan Perak tetapi tak menyokong pasukan lain terutamanya dalam English Premier League macam mereka. Jawapan aku mudah, sebagai anak jati Perak (walaupun lahir kat Penang) sokongan aku hanya untuk pasukan negeri Perak sahaja. Aku bukannya lahir kat Manchester, Liverpool, atau kota raya London yang mengharuskan aku menyokong pasukan itu bermati-matian. Cukuplah sekadar menonton perlawanan-perlawanan mereka secara live kat Tv tu, tetapi tak perlulah menyokong sampai seolah-olah yang kita ni dah jadi rakyat Britain. Dalam hal ni aku agak patriotik. Setelah datuk dan nenek kita dijajah oleh mereka ini suatu kita dahulu, aku tidak mahu lagi turut dijajah pemikiran dan budaya mereka sehingga terlupa kedudukan kita sendiri. Memang aku akui yang mutu permainan dan persembahan pasukan dari EPL ni bertaraf dunia dan sememangnya menarik tetapi bagi aku tak perlulah menjadi terlalu fanatik mengalahkan penyokong mereka sendiri di sana tu. Seharusnya para penyokong bola sepak dan mereka yang terlibat dalam bola sepak dalam negara kita mengambil contoh teladan yang baik daripada mereka untuk diaplikasikan di sini dalam meningkatkan mutu bola sepak di negara kita sendiri. Tak perlu menyokong membabi buta hanya untuk menunjukkan kita berada dalam 'kelas' tersendiri kalau menyokong pasukan-pasukan ini.
Apa pun setiap manusia mempunyai hak dan kebebasan untuk menyokong mana-mana pasukan. Terpulang lah kepada diri masing-masing kerana setiap orang mempunyai cita rasa yang berlainan.
Apa pun setiap manusia mempunyai hak dan kebebasan untuk menyokong mana-mana pasukan. Terpulang lah kepada diri masing-masing kerana setiap orang mempunyai cita rasa yang berlainan.
Kejor Yop Kejor....
1 comment:
Aku juga penyokong kuat perak (walaupun lahir kat land of the red giant)...cuma sejak melangkah kealam kerjaya ni perhatian aku makin kurang..tapi perkembangannya tetap aku ikuti. Aku juga berpengalaman ditempelak oleh rakan-rakan sekolah kerana tidak menyokong pasukan selangor. Peristiwa yang paling aku ingat sekali ialah kemenangan 4-2 Perak keatas Selangor dalam final sulung piala FA...ketinggalan 2-0, memang teruk aku kena kutuk...tapi lepas perak score 4 gol, lagi teruk aku kena..he..he..tapi aku puas hati. Peristiwa "rasuah" memang menyedihkan aku...seorang demi seorang pemain pujaan aku "diberkas"...pasukan perak selepas era Azizol Abu Haniffah, S.Silvarajoo, Rais Rashid, Wan Ahmad Kamal, Zulkifli Mansor, P. Ravindran seperti ada kekurangan sesuatu yang tak dapat aku jelaskan, walaupun pasukan selepas era mereka lebih banyak merangkul piala...kejor yob kejor
Post a Comment