05 March, 2006

Bercuti Di Langkawi





















Setelah berjanji lebih dari setahun dengan bini dan emak aku, akhirnya dapat juga aku bawa diorang bercuti ke Langkawi minggu lepas. Itu pun kerana aku ada bengkel yang sengaja dirancang dibuat disana. Jadi kata orang, "sambil menyelam sambil minum air" la. Selain isteri, anak dan mak aku, yang turut serta dalam lawatan sambil bekerja ini adalah 'anak angkat' mak aku iaitu Mat Qawiem. Dapat la aku bawa diaorang melawat ke Makam Mahsuri (ni acara wajib kalau pi Langkawi) dan tempat-tempat menarik kat sana. Sambil tu sempat jugak ler membuat kerja-kerja menghabiskan duit seperti beli minyak gamat, beli t-shirt langkawi dan kain batik indonesia yang berlambak jual kat sana. Emmm...dah terbayar la hutang janji aku dengan bini aku. Lepas ni dia nak ajak gi tidur kat Genting pulak.......yang ni pun dah lama aku janji. Habis la duit aku lagi..... Apa-apa pun sudilah tengok antara gambar-gambar menarik yang sempat aku rakamkan masa kat sana.

1 comment:

Harith Faruqi Sidek said...

Langkawi...kalau p bawak 2 beg, balik confirm jadik 3...tambah astu beg "king size" punya..orang langkawi pun dah pepaham dah..pasai tu kedai beg berlambak dan murah plak tu...ni kisah benar..aku dulu "honey moon" kat langkawi, peh tu mendapat la...ada masa aku kasik tengok gambar masa tu..tengah pening memikirkan minyak 30 sen ni...dah nak mereng cam cite kat Astro (Aishah 50 sen)...30 sen..30 sen...