14 March, 2006

Mat Som


Kalau ada sesiapa ada yang ingat, pada tahun 1990 ada sebuah filem yang telah diterbitkan di tayangkan di negara kita iaitu filem Mat Som. Filem ini adalah satu-satunya filem adaptasi daripada komik yang dihasilkan oleh Datuk Lat dan diarahkan oleh Hatta Azad Khan. Filem lakonan Imuda dan Tiara Jacquelina (Datin Seri) ini telah memenangi Anugerah Lakon Layar Terbaik dan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Zami Ismail) dalam Festival Filem Malaysia 1991. Sebenarnya tujuan aku menulis sedikit mengenai filem Mat Som ini adalah kerana aku ingin mencari salinan rakaman filem ini, kut-kut kalau ada orang yang menyimpannya. Tak silap aku aku menonton filem ni kat pawagam dan memang ok la cerita ni tapi sampai sekarang cerita ni tak pernah ditayangkan lagi dan tak dikeluarkan langsung dalam bentuk VCD. Baru-baru ini ketika berkesempatan berborak dengan Imuda (hero filem ni), aku ada bertanyakan hal filem ni kepadanya dan menurut Imuda filem ini memang tidak boleh ditayangkan lagi kerana penerbit filem ini (Strawberry FTV) telah membawa semua salinan dan hakciptanya ke luar negara dan tidak memberi keizinan kepada mana-mana syarikat untuk mengeluarkannya kembali. Penerbit filem ini dikatakan adalah penerbit daripada negara luar dan Imuda sendiri terkilan kerana tidak mempunyai salinan filem ini untuk simpanan peribadi. Jadi, kalau ada sesiapa yang menyimpan dan merakam filem ini dalam bentuk video atau lain-lain bolehlah maklumkan kat aku kerana aku nak sangat mendapatkan salinan filem ini sebagai salah satu koleksi peribadi. Untuk yang berminat nak mendapatkan maklumat berkaitan industri (kalau boleh dikatakan industri) filem di negara kita ni, bolehlah buka web site ni : www.filemkita.com banyak informasi mengenai filem ada kat dalam tu...

1 comment:

Harith Faruqi Sidek said...

aku rasa RTM ada copy kot, pasal aku penah tengok ulang tayang cite ni kat RTM..btw aku pun tengah carik filem lama gak ni...filem "Anita Dunia Ajaib" ngan "Da Di Du"..ko ada jumpa tak? aritu filem "Setinggan" ngan "Si Luncai" aku dah jumpa.